Search

King Crab ALASKAN VS Ketam Sumbat SABAH | Pilihan Terbaik

  • Share this:

King Crab ALASKAN VS Ketam Sumbat SABAH

JOM JADI RAKAN PENGHANTAR DEGO » https://bit.ly/3iJPjyJ

Gunakan referral link Destinasi TV ini dan nikmati bonus istimewa RM80 dan Tshirt Dego secara percuma. Tertaluk kepada terma & syarat.

Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.co/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/32Gxlrx

- - - - - - - - - - - - - - - -

Hi semua, kembali lagi dalam episod terbaru Pilihan Terbaik. Dalam episod minggu ini host akan mencuba 3 jenis masakan ketam yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan premium (mahal). Kita ada ketam sumbat, ketam nipah dan Alaskan King Crab. Jom tengok ketam mana yang akan menjadi Pilihan Terbaik Destinasi TV.

Di lokasi pertama kami mencuba ketam sumbat butter yang berharga RM40 untuk 6pcs ketam. Uniknya ketam disini adalah kesemua isi-isi ketam telah dikeluarkan dan disumbat kedalam kulit/cengkerang ketam ini. Digoreng bersama minyak yang panas kemudian ditaburkan pecahan telur kuning menjadikan rasa ketam sumbat ini lebih sedap dan menyelerakan. Ketam sumbat ini cukup terkenal di Sabah kerana ia merupakan makanan kaum Suluk dan susah untuk dijumpai di semenanjung Malaysia.

📍Lokasi 1 » Ikan Bakar Semporna
Pusat Perniagaan No.33 Jalan Prima 7, Metro Prima 52100 Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 011-26175977
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 12 malam

- - - - - - - - - - - - - - - -

Pak Ya Seafood Restaurant menghidangkan makanan chinese muslim sejak dari 2008 lagi. Kami mencuba Mub Crab Kam Heong yang berharga RM82 dan merupakan menu popular di restoran ini. Untuk memasak menu ini, Pak Ya menggunakan seekor ketam nipah dipotong 4 untuk memudahkan lagi para pelanggan untuk menikmatinya. Dengan menggunakan bahan-bahan seperti sos special, udang kering, serai dan daun kari menaikkan lagi aroma masakan ketam tersebut.

📍Lokasi 2 » Pak Ya Seafood Restaurant (Chinese Muslim)
Club House Emerald Hill Condo, Cangkat Bukit Indah 2, Taman Bukit Indah 68000 Ampang Jaya, Selangor

☎️ Telefon » 012-2248660

⏰ Waktu Operasi » Dibuka dari Khamis hingga Isnin dari pukul 12 tengahari hingga 9.30 malam

- - - - - - - - - - - - - - - -

Dan di lokasi terakhir kami mencuba double boiled Alaskan King Crab di Restoran Ombak Kitchen Bangsar yang berharga hanya RM199 sahaja. King crab dihidangkan bersama 3 special sos Crazy Cajun, Zesty Lemon dan Mac Cheese memberikan kelainan didalam setiap suapan. Pelanggan juga boleh mencuba sos-sos yang lain seperti sos Buttermilk, Tomyam Creamy Sauce dan Nyonya Peranakan Sauce.

📍Lokasi 3 » Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar 59100 Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 010-2165946

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 10 malam


Tags:

About author
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada s
View all posts